IsLaM CeMeRLaNg UmMAH GeMiLAnG

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Sunday, September 20, 2009 0 ulasan

Islam cemerlang ummah gemilang

Satu hari aku berjalan,
Mencari nikmat kehidupan,
Di dunia yang aman dan tenang,
Beribadah kepada Allah.

Hidup di dunia hanya sementara,
Carilah ilmu yang berguna,

Meski pun jauh dari saudara,
Ayahda bonda dan keluarga,
Hati rindu x terkira,
Demi ilmu ku tempuhi jua.

Berusaha tanpa erti jemu,
Hidupmu berjaya diredhai Allah.

Disini ku kenal erti sahabat,
Memberti dan menerima kata sepakat,
Guru pembimbing tetapku hormat,
Demi saudara dunia akhirat.

Kerjasama bantu membantu,
Hidup berdikari amalan mulia.

Islam cemerlang ummah gemilang,
Kelak berjaya mencapai matlamat,
Ibu cemerlang anak gemilang,
Kelak berjaya mencapai matlamat,
Guru cemerlang pelajar gemilang ,
Kelak berjaya mencapai matlamat,
Rakyat cemerlang negara gemilang,
Kelak berjaya mencapai matlamat,
Islam cemerlang ummah gemilang,
Kelak berjaya mencapai matlamat.

Sinar Muhammad

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam 0 ulasan

semasa umat manusia dalam kegelapan,
lahirlah bayi bernama Muhammad
bakal membawa perubahan besar,
bagi sejarah peradaban manusia.

bersih bercahaya,
warna kulitnya,
keringatnya seumpama mutiara,
bergoncang istana kisra
terpadamlah api ribuan tahun..

perjuangan tak kenal putus asa
demi menegakkan Islam tercinta.

kesungguhan nabi menyebarkan Islam
namun apakan daya baginda ditentang,
dengan rahmat Allah,
terpancarlah sinar,
kemenangan...

rasulullah habibAllah
rasulullah nabiyAllah

(lirik&lagu:Basyiri & sahabat)

Membina Generasi Pewaris

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Tuesday, September 15, 2009 0 ulasan


Di saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahshat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada generasi muda masa kini. Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti dilakukan kerana ianya ternyata dapat memberikan kesan mendalam kepada golongan ini. Hal ini berdasarkan kepada keupayaan golongan muda untuk mencerap dengan mudah apa sahaja bentuk pendidikan yang diberikan sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya.

Oleh itu bentuk pendidikan yang bakal dimasukkan ke dalam akal fikiran golongan ini perlulah sesuatu yang berupaya untuk membentuk pemikiran mereka yang sihat dan pada masa yang sama berupaya pula menyediakan mereka sebagai pelapis yang akan mewarisi bumi Malaysia ini. Usaha ini juga pastinya menjadi matlamat untuk mewujudkan satu generasi yang cintakan ilmu yang seterusnya melahirkan golongan pemikir dan juga pewaris kepimpinan yang bertaraf tinggi. Cita-cita yang sebegini pastinya suatu yang sukar untuk dicapai terutamanya dalam suasana kehidupan masa kini yang begitu mencabar, namun ianya bukanlah suatu yang mustahil.

Sebenarnya hasrat untuk memiliki dan melahirkan generasi yang hebat bukanlah perkara baru, malah ianya juga pernah disuarakan oleh Sayyidina Umar al KhattabAku inginkan sekumpulan manusia yang hebat seperti Abu Ubaydah al Jarrah, Muaz ibn. Jabal dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan agama Allah." suatu ketika dahulu. Pernah suatu ketika bersama-sama dengan para sahabat yang lain Umar bertanya kepada para sahabatnya apakah yang diinginkan oleh mereka. Lalu antara mereka ada yang bercita-cita untuk memiliki sejumlah harta yang banyak, dan dengan harta itu dapat mereka sedekah dan belanjakan pada jalan Allah. Namun keinginan Umar jauh berbeza daripada para sahabatnya, apabila beliau mengatakan "

Ternyata apa yang diungkapkan oleh Umar ini merupakan satu pengertian yang besar tentang peri pentingnya membina satu generasi yang bertaraf mulia untuk memikul dan melaksanakan impian dan cita-cita umat Islam. Lembaran sejarah juga telah memperlihatkan kepada kita bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. sendiri dalam rangka usahanya menjayakan risalah Islam telah melaksanakan usaha pembinaan satu kelompok manusia yang menjadi teras utama sebagai benteng dan tulang belakang pembentukan umat yang baru. Kelompok manusia inilah yang dinamakan oleh Syed Qutb sebagai ‘generasi al Quran yang unik', iaitu kelompok teras yang mulia dan yang telah menjayakan segala bentuk perancangan yang dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Golongan teras yang bertaraf mulia ini telah melalui pendidikan dan penghayatan nilai-nilai dinamik al Quran yang ditampil dan diterjemahkan dalam setiap ciri kehidupan Rasullullah s.a.w. sebagai pendidik serta pembimbing kepada generasi al Quran yang unik ini. Sebagai pemimpin dan juga pendidik kepada pengikutnya, Rasulullah s.a.w. berupaya mengenali setiap potensi yang ada pada setiap diri pengikutnya, dan potensi ini digilap dan diasuh secukupnya oleh Baginda sehingga dari generasi inilah lahirnya peribadi-peribadi agung yang masih sesuai untuk diteladani hingga ke hari ini.

Di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. semua orang mendapat peluang untuk menampil dan mengembangkan potensi masing-masing, termasuk mereka yang pernah memusuhi Baginda sebelum memeluk Islam seperti Khalid al Walid dan Umar al Khattab sendiri. Tidak ada di kalangan umat Islam yang dianaktirikan atau amalan diskriminasi dipraktikkan, malah setiap pengikut Rasulullah s.a.w. dianggap sebagai ‘aset' yang sangat bernilai.


Suasana kepimpinan Rasulullah s.a.w. juga memperlihatkan kepentingan amalan budaya baik yang menyeluruh dan meluas di dalam masyarakat Islam ketika itu kerana taraf kebaikan tidak mengenal rupa paras, warna kulit, bangsa, umur atau keturunan. Dalam suasana demikianlah lahirnya pemuda Usamah bin Zayd yang diberi kesempatan untuk memimpin ketumbukan tentera Islam ketika usianya masih belasan tahun. Di bawah kepimpinan baginda jugalah buah pemikiran Salman al Farisi diberi ruang ketika keputusan diambil untuk membina benteng di sekeliling Kota Madinah ketika Perang Khandak, sedangkan Salman bukanlah anak watan tanah Arab melainkan beliau merupakan anak kelahiran bumi Parsi. Begitu juga kehebatan taraf iman yang dipamerkan oleh Bilal ibn. Rabah, seorang manusia berkulit hitam yang asalnya seorang hamba abdi, tetapi diangkat darjatnya sebagai sahabat kanan baginda Rasulullah s.a.w. yang dijamin syurga kerana ketinggian taraf keimanan yang dimilikinya.

Begitulah juga hasrat dan cita-cita kita hari ini untuk melihat lahirnya golongan muda Islam yang bertaraf mulia tampil ke hadapan dan memimpin masyarakat masa kini. Di Malaysia, jumlah penduduk yang boleh disenaraikan sebagai golongan muda membentuk lebih 40 peratus daripada penduduk negara. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya separuh daripada jumlah ini dapat berperanan sebagai golongan yang bertaraf baik, itu sudah memadai untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang cukup kuat di persada antarabangsa. Namun dengan jumlah yang ramai tetapi tanpa taraf kemuliaan yang diharapkan tidak akan membawa kita ke mana-mana. Bahkan kita telah diingatkan oleh Allah SWT bahawa yang baik dan mulia itu tidak sama dengan yang buruk walaupun yang buruk itu kelihatan banyak, sebagaimana firmanNya dalam surah al Maidah, ayat 100.

Justeru, pembinaan golongan muda yang bertaraf tinggi yang akan mewarisi tanah air ini sewajarnya diberi perhatian utama dalam agenda pembangunan negara. Pembangunan modal insan sepertimana yang diwar-warkan kebelakangan ini oleh pemerintah mestilah diberikan perhatian yang wajar dan kesungguhan yang tinggi. Tanpa kesungguhan yang jitu maka tidak mungkin keinginan kita untuk melihat golongan pewaris yang kuat dan berkemampuan lahir untuk menghadapi cabaran hari depan. Kejayaan membina masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang lebih banyak bergantung kepada keupayaan generasi masa kini membina kecemerlangan generasi pewaris tersebut.

Perit getir kehidupan masa kini telah memperlihatkan kepada kita bahawa masyarakat akan datang lebih merupakan masyarakat yang penuh dengan persaingan. Bahkan sekarang ini pun kita sudah merasakan bahang persaingan yang cukup hebat dan betapa cemasnya kita menyaksikan generasi anak-anak kita berhempas pulas menghadapi persaingan di pelbagai bidang. Keadaan ini memperlihatkan sekali lagi kepada kita bahawa hanya mereka yang bertaraf tinggi sahaja yang mampu mengungguli persaingan ini.


Maka dengan itu, langkah-langkah dan usaha pembinaan generasi pewaris ini perlulah diberi perhatian dengan lebih gigih lagi terutamanya melengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu yang betul dan sesuai dengan perkembangan zaman. Kewujudan generasi ilmuan yang mulia dengan kekuatan daya saing yang tinggi sudah pasti akan menghasilkan kesan yang baik dalam pembentukan generasi pewaris. Iaitu generasi pewaris keilmuan yang terlatih dan terdedah kepada unsur-unsur pembinaan diri yang terarah dan turut menghayati serta memiliki jiwa Islam yang kental.

Justeru, pembinaan generasi pewaris yang bertaraf mulia yang kita idamkan sangat bergantung kepada arah tuju, semangat dan kegigihan yang kita lakukan sekarang. Mana mungkin kita dapat melahirkan generasi pewaris yang kuat dan bertaraf mulia sekiranya kita sendiri mengabaikan tanggungjawab untuk membina generasi yang cerdas akal fikirannya, murni jiwanya dan lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal serta berilmu dan berakhlak mulia.

Rujukan
Abu Bakar Yang, 2007. Membina generasi pewaris bertaraf tinggi.

Sejauhmana kesan gerakan dakwah di kampus?

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Friday, September 11, 2009 0 ulasan



Ali Bukhari Amir
Thu | Feb 26, 09 | 11:06:44 pm MYT

Hassan al-Banna barangkali adalah batu asas pertama yang memberikan nafas, penunjuk arah kepada bagaimana seharusnya gerakan dakwah Islamiyyah itu harus memainkan peranannya

Pada zaman moden, tak salah jika kita katakan bahawa mujahid dakwah ini telah meletakkan asas-asas kepada gerakan Islam. Buah fikir dakwahnya benar-benar jauh menjelajah di mana-mana belahan dunia Islam dan mempengaruhi gerakan Islam yang tumbuh kemudiannya.

Berdiri daripada hakikat ini, maka kita boleh mengiktiraf kedudukan dahwah dan tarbiyyah Ikhwan Muslimin pimpinan beliau sebagai induk kepada dakwah di seluruh dunia ketika Rasulullah tiada lagi di sisi kita.

Keunikan Hasan al-Banna menurut tanggapan peribadi saya, terletak kepada kekuatan dan kesungguhan beliau melihat potensi mahasiswa di universiti sehingga wujud suatu acara yang benar-benar menumpukan kepada usaha membangun potensi mahasiswa itu sehingga berada pada tempatnya yang sebenar.

Selain al-Banna, al-Maududi juga adalah sosok mujahid dakwah yang turut menyatakan keprihatinannya berhubung gerakan mahasiswa ini. (Lihat pautan di bawah tulisan ini..)

Namun, sehingga kini saya masih tercari-cari adakah al-Banna, al-Maududi pernah mengarang kepada pensyarah universiti, menyusun saranan-saranan dan langkah-langkah yang menuju ke arah pembangunan intelektual para pensyarah?

Akhirnya, saya menarik kesimpulan awal bahawa, sekurang-kurangnya ada tiga sosok yang memainkan peranan penting dalam dakwah kampus universiti sejak dahulu.

Selain teks, nota panduan Hasan al-Banna, dan tulisan al-Maududi, maka pendapat Dr. Ali Shariati turut dirujuk sebagai antara buah fikiran yang berpengaruh di kampus.

Ini kerana, seruan dan semboyan Shariati lebih banyak menumpukan kepada slogan Rausyan Fikir (Ahli Fikir). Barangkali, Malek Ben Nabi juga boleh kita masukkan dalam golongan ini.

Kelemahan siswa atau pensyarah?
Alkisahnya, baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang pensyarah. Sejak pertemuan yang lalu, ada sedikit perbezaan antara saya dengan beliau mengenai isu gerakan intelektual yang kering dan lembap di kampus.

Saya lebih banyak melihat punca kelembapan ini bermuara daripada mahasiswa, sebaliknya beliau lebih banyak menyalahkan pensyarah universiti. Perbezaan pandangan ini bukanlah terlalu meruncing, malah ia berjalan dengan sihat.

"Mereka pergi ke luar negeri, membentangkan satu kertas kajian, tapi dikongsi bersama empat orang," kata pensyarah itu ketika bercerita mengenai beberapa masalah kajian akademik di universiti.

Turut dibangkitkan tentang isu dana, geran penyelidikan yang sukar didapati. Dan, ada kalangan pensyarah yang terpaksa menukar tajuk kajiannya untuk mendapatkan dana geran penyelidikan itu diputuskan oleh pihak atasan.

Lalu, politik kampus ini bukanlah semata-mata pertarungan membabitkan pelajar dan HEP seperti yang berlaku baru-baru ini di Universiti Utara Malaysia.

Kes terbaru, melibatkan seorang pelajar tahun tiga yang membuat bantahan ke atas harga tambang bas di universiti. Bantahan itu dibuat melalui internet.

Maklumat terakhir yang saya tahu, perbicaraan itu ditunda kepada tarikh yang berikutnya. Mungkinkan kerana wujud suatu tekanan besar-besaran di akhbar, maka pihak UUM akhirnya menunda perbicaraan tersebut. Hal itu masih samar-samar lagi buat masa ini.

walaupun kelihatan mahasiswa ditekan dengan hebat, pensyarah pun tak kurang hebat tekanannya. Pensyarah pula mestilah berhati-hati kerana pekerjaannya itu adalah rezekinya.

Pelajar pada kebiasaannya akan 'mengganas' ketika mereka berada di tahun terakhir. Mereka ada setahun atau satu semester saja untuk tonjolkan diri kepada parti-parti politik.

Demikianlah saya difahamkan oleh rakan-rakan mengenai kaedah melonjakkan nama dalam parti-parti tertentu. Ada kalangan mereka yang berjaya menggunakan teknik ini. Selebihnya, hilang entah ke mana.

Mana-mana yang masih terlekat dalam kegiatan kepartian, ertinya mereka ada kualiti. Yang tertinggal jauh ke belakang, akhirnya perlahan-lahan malap dan suram dengan sendirinya.

Yang paling penting bagi seseorang pemimpin pelajar itu bukanlah kehebatannya berpidato dan mutu penulisannya sangat. Tetapi, sejauhmanakah dia mampu mempertahan prinsipnya. Di situlah terletaknya maruah perjuangannya.

Mereka mungkin memiliki seni berpidato yang baik. Tapi, setelah ditahan, akhirnya mengalah, mengelak dan kemudian cuba berdalih dengan menyatakan penulisan itu bukan miliknya dan lain-lain lagi.

Ada juga yang ditangkap buat kali pertama dan akhirnya terus tidak menulis dan berpidato lagi setelah dikenakan hukuman itu.

"Saya tak salahkan pelajar sangat," begitu kata pensyarah, teman saya ketika bertukar-tukar fikiran itu, dan semua itu membidas pandangan asal saya. "Malah, pensyarah itulah yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya."

Pensyarah, menurut beliau, sudah tidak berani lagi merangsang pemikiran mahasiswa untuk kembali berfikir mengenai niat matlamat sebenar mereka tiba di universiti ini.

"Apa yang penting bagi pensyarah ini, mereka datang ke kuliah, mengajar lebih kurang dan kemudian apabila tibanya masa peperiksaan, pensyarah ini akan berikan soalan-soalan ramalan untuk menjawab peperiksaan," kata beliau.

Mas'ul tidak berperanan?
Pendapat itu mungkin ada kebenarannya juga. Mas'ul dalam kalangan pensyarah sendiri kadang-kadang tidak mempertahankan pendirian anak-anak usrahnya. Semua ini akhirnya mematikan semangat juang para pelajar tersebut. Hal ini jarang-jarang disebutkan juga.

Kalau mahu dibandingkan dengan zaman 1970-an dahulu, mahasiswa dan pensyarah sama-sama naik ke pentas berpidato serta berjuang mempertahankan pendirian masing-masing sama ada di dalam atau di luar kampus.

Sama ada pensyarah dan pelajar, sama-sama dihadapkan dengan pertuduhan dan sama-sama merengkok dalam penjara, sama-sama terbuang dalam ISA.

Pada saya, ini memang baru betul-betul perjuangan. Siswa menyokong gurunya dan gurunya mendokong siswanya. Saling ada kepercayaan dan selalu bahu-membahu antara mereka, mengikat tali kesetiaan dalam merempuh badai kezaliman penguasa.

Dan pada saat itulah pemikiran Hasan al-Banna, buah fikiran al-Maududi dikoyak, kuliah syarahan Shariati diratah hadam segala isinya bersama-sama. Kini, yang tinggal mungkin 'raga dakwah' sedangkan 'jiwa, ruh dakwah' hilang ke mana?

Mungkin masih ada lagi usrah, tamrin yang bersifat program luaran, tetapi penghayatan semula Usul Isyrin (Asas 20), 10 wasiat al-Banna dan segala-galanya itu semakin tenggelam oleh arus pertengkaran antara Salafi, wahabi, Syiah di IPT.

Tapi, jika sesekali sergahan HEP menjengah dengan Aukunya, pensyarah dan mahasiswanya lari bertempiaran, hilang tempat pergantungan. Bermusuh sengketa sesama sendiri memang kuat, tetapi dengan musuh tradisi lari pula. Itu yang dikeluhkan oleh seorang rakan.

Dokumentasi mengenai perjuangan pensyarah
Satu hal lain yang tak kalah menariknya, apabila menyentuh isu politik kampus yang terkait dengan kekangan pensyarah, kita mungkin sukar mencari bahan rujukan seperti buku-buku yang memperihalkan dokumentasi perjuangan pensyarah.

Atau, yang lebih tepatnya kita sukar mencari isu-isu yang mengekang aktivisme pensyarah dalam menjalankan penyelidikan mereka yang bersifat kemanusiaan, sejarah, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Yang kerap muncul di dada akhbar perdana, ialah hasil penyelidikan teknologi pemprosesan jus buah-buahan untuk dipasarkan di luar negeri dan sebagainya.

Maaf, kalau bersikap sinis. Saya cuma ingin menagih jawapan. Itu sahaja. Adakah kajian mengenai masalah politik, parti Melayu di universiti boleh diberi dana penyelidikan? Mustahil.. kajian ini mungkin 'menembak' ke dada sendiri.

Tetapi, kalau pemnerintah mahu bermuhasabah diri, inilah masanya. Mahasiswa itu mestilah dibenarkan untuk menemuramah para pemimpin politik mengenai masalah 'politik wang' (kalimat rasuah adalah lebih afdal!) dan pensyarahnya yang telah ada geran penyelidikan itu diberi ruang seluas-luasnya tanpa takut untuk mengkaji masalah dalaman parti pemerintah.

Saya yakin benar, masih ramai pensyarah dan mahasiswa yang mampu mempertahan tahap profesionalisme mereka.

Barangkali, salah satu buku yang mungkin boleh dijadikan sandaran rujukan adalah The Closing of the American Mind yang diterbitkan pada 1987, setelah pengarangnya, Dr Allan Bloom menulis sebuah esei mengenai kegagalan universiti memenuhi keperluan para pelajarnya sebelum itu.

Buku ini khusus menceritakan kegagalan institusi pengajian tinggi di Amerika sendiri ketika kita berasa terlalu megah apabila universiti-universiti di Barat sedang rancak membina penarafan universiti-universiti yang terbaik di dunia.

Turut termuat dalam buku itu, hal-ehwal tajuk-tajuk perbincangan tentang falsafah politik Plato dan lain-lain failasuf dalam tamadun Barat. Di Malaysia, saya masih tercari-cari.

Mungkin ada dan tidak mustahil kalau saya terlepas pandang. Kalau ada, harap sesiapa dapat cadangkan. Kalau ada, mungkinkah ada dibincangkan masalah pensyarah yang sukar mendapat dana dan geran penyelidikan itu?

Tetapi itulah masalahnya. Segalanya memerlukan dana penyelidikan dan rasa-rasanya universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi mungkin masih belum dapat berjihad dan berijtihad untuk memutuskan sama ada berbaloi atau tidak bidang kajian seumpama ini.

Mungkin jika sosok Hasan al-Banna, Abul 'Ala al-Maududi dan Dr Ali Shariati masih hidup, entah bagaimanalah rupa paras dan wajah pemikiran yang tercermin di dalam bingkai akliah mereka tatkala melihat fenomena pengajian tinggi di negara kita pada hari ini? Wallahu'alam..

KEBIADAPAN STARBUCK

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam 0 ulasan




COME, Riyadl - Ini bunyi sebuah aksi BOIKOT produk Amerika dan Israel oleh warga Saudi di sebuah kafe terkenal dan tersebar di kota-kota negara kerajaan ini. Kafe Starbuck memang memberikan dananya langsung kepada Israel yang sampai kini meneruskan aksi brutalnya membunuhi rakyat Palestina dan Libanon.

Para aktifis boikot ini meletakkan kafe ini di urutan pertama dari perusahaan, produk, dan restoran yang diboikot. Islamonline menegaskan, aksi anti perusahaan kafe kelas internasional Strarbuck ini mulai marak sejak dipublikasikan sebuah artikel pemimpin pelaksana perusahaan, Howard Schultz di situs Zayubidia yang sangat peduli dengan kepentingan Israel dan dirinya menegaskan, perusahaanya memberikan sumbangan setengah keuntungannya untuk negara Israel sejak negara zionis melakukan invasinya ke Libanon.

Dalam artikelnya, Schultz berterimakasih kepada “pelanggan yang rela” memberikan satu cangkir kopi yang mereka beli dari perusahaannya untuk mendukung dan menjaga keselamatan Israel dari serangan ‘teroris’. Ia juga mengingatkan kepada semua warga Yahudi untuk melindungi Israel.

Sejak dipublikasikan artikel inilah warga Saudi mulai menyebarkan informasi ini melalui pesan singkat di telepon genggam yang menyerukan untuk melakukan boikot kafe Strabuck. Salah satu bunyi SMS ini adalah “hati-hati… anda mendukung Yahudi dengan secangkir kopi… boikot Starbuck.” Dalam internet juga tersebar poster yang berunyi “pemimpin perusahaan Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk pemerintah Israel sejak perangnya atas Libanon… saya bersaksi kepada Allah dan malaikatnya bahwa saya memboikot Starbuck”.

Aksi boikot semakin mendapatkan angin segar dan dukungan luas ketika Dr. Abdul Wahhab bin Said Al Qahthani, asisten dosen fakultas Manajemen Strategis dan Pemasaran Universitas Malik Fahd bahwa Schultz, pemimpin perusahaan Starbuck adalah zionis di urutan pertama dan pendukung kental politik Israel.

Menurut Qahthani membeli produk Starbuck sama bahayanya dengan penghinaan harian di Denmark terhadap Rasulullah. Sebab mereka mengambil harta kita dari negara-negara Arab dan Islam untuk mendanani perang terhadap Palestina, membunuh anak-anak, kakek nenek, wanita dan pejuang kemerdekaan. Menyumbang harta untuk mereka sama saja dengan mengina Islam dan umat Islam, tegas Qahthani.

Schultz sendiri, tegas Qahthani, pada tahun 1998 dalam perayaan ulang tahunnya ke 50 mendapatkan pernghargaan dari Israel kerena telah menyumbangkan dananya kepada Israel dan memperbaiki citra Israel serta menjelekkan citra anak-anak Intifadlah Palestina yang disebut Schultz sebagai teroris dan anti Semit.

Perang ekonomi

Karenanya, pekar Saudi ini mengajak untuk menggalakkan boikot terhadap kafe-kafe Amerika. Ia mengatakan, budaya perang ekonomi harus diterapkan oleh umat Islam dengan memboikot perusahaan pendukung Israel. Sebab umat Islam tidak memiliki kekuatan militer untuk membela hak-hak mereka.

Menari di atas mayat saudara sendiri

Qahthani mengecam sikap umat Islam yang tidak mau melakukan aksi boikot “bagaimana kita menikmati minum kopi Starbuck dan kita sadar kalau harta kita disumbangkan untuk mendukung Israel agar semakin ganas membunuhi umat Islam”.

Jihad dengan harta

Para pendukung aksi boikot ini baik di ruang internet atau lewat telepon genggam banyak memandang bahwa langkah ini merupakan jihad dengan harta.

Perusahaan kafe Starbuck belakangan mengumumkan laba pada kwartal kedua tahun 2006 ini mencapai 1,9 milyar USD. Dan kini ia sedang merencanakan membuka kafe 1800 baru di seluruh dunia hingga akhir tahun ini.

Di Arab Saudi saja Caffe Shoop milik Starbuck beromset 15 milyar Reyal setiap tahun.

Rakyat Saudi dukung boikot

Meski secara resmi Saudi mengkritik langkah Hizbullah, namun kampanye anti produk Israel dan Amerika ditanggapi rakyat dengan antusias. Hal itu bisa dilihat melalui telepon genggam atau internet.

Hingga hari ke 29 invasi ke Libanon, Israel sudah membunuh 1090 orang mayoritas kaum sipil, 30% anak, dan 3570 orang luka-luka serta lebih 1 juta orang mengungsi. Kerugiaan fisik diperkirakan bernilai milyaran USD menurut laporan resmi pemerintah Libanon. (atb)

Sumber: Infopalestina

diambil dari Dakwah.info
http://dakwah.info/main/index.php?option=com_content&view=article&id=56:secangkir-starbuck-senilai-secangkir-darah-palestina-dan-lebanon&catid=34:berita-islam&Itemid=2


Mencari lailatulQadar

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Thursday, September 10, 2009 0 ulasan

Assalamualaikum WBT,

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran. Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:
“…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu. Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan. Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu. Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya.

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.
Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan. Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun. Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”
Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: “Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar. Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya. Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Edisi:Tinta Sahabat.

Marilah Kita Duduk, Beriman Sejenak

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Monday, September 7, 2009 0 ulasan

Dunia memang terlalu menyibukkan hingga kadang-kadang kita lupa diri dan keliru dengan apa yang kita sibukkan. seringkali kita biarkan terabai perkara-perkara yang utama dan menghabiskan sebahagian besar dari masa kita dalam perkara-perkara yang kurang utama. Ketika inilah kita perlukan kerehatan.....kerehatan jiwa, untuk kita bangunkan semula kekuatan iman dan seterusnya berbekalkan kekuatan iman ini kita menongkah arus yang seringkali menyebabkan kita tersungkur dan hilang arah tujuan.

Inilah hakkikat kehidupan kita yang sebenar.....kita akan sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan yang menjadikan hati kita lembut dan tenang, niat kembali bersih dari kekufuran dan kemunafikan serta kepekaan terhadap tugas insani Rabbani menjadikan kita sentiasa berada dalam amal soleh dan azam kebaikan.

Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futur dan kufurnya, menjadikan dunia indah pada pandangan matanya lalu jiwa menjadi keras serta penuh dengan keluh kesah lalu menjadikan kita sentiasa berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angannya dan berlengah-lengah dalam mencari manfaat diri.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, pasti akan terus berlaku.

Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis zikir dan tazkir, saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain serta sentiasa menghubungkan hati mereka dengan sumber kekuatan jiwa hingga jiwa mereka menjadi tenang, hati menjadi lembut serta peka dan cinta kepada kebenaran. Mereka juga sering sibuk memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran, memeriksa hati daripada diselubungi penyelewenganserta memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang akan membawa kepada bid'ah atau kecuaian hingga meninggalkan dan memandang ringan perintah Allah dan petunjukNya.

Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman. Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya:

Marilah kita duduk untuk beriman sejenak


Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:

Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.

Lalu marilah kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini. marilah kita duduk sejenak mendengar dan merenung sedikit nasihat agar hati kita menjadi lembut semula.

sumber:Cikgu Azmi

Kepenatan yang Mengembirakan

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Saturday, September 5, 2009 0 ulasan


Assalamualaikum WST, salam perpaduan...

kami telah diberikan tugasan luar (bkn assingment kuliah) tugasan yang mengajar kami HOW TO HANDLE A PROGRAM...? kami terima cabaran yang dberikan dengan hati yang terbuka dan alhamdulilah ia berjaya dilaksanakan(kunci kejayaan: Satu Hati).....

Seminar Permantapan Akidah Generasi Muda Peringkat Negeri Perlis Tahun 2009.. inilah tugasan yang kami terima bersama-sama Biro Kerohanian KAMSIS,KDI,dan SPI di bawah bimbinggan EN RASHDAN dan Lain-lain. Pelbagai cabaran kami tempuhi antaranya peserta itu sendiri apa tidak nya sasaran peserta sem 5 dan sem 6 yang boleh dikategorikan sebagai Hardcore level..Resah memang tidak boleh disembunnyikan takut2 program x dapat sambutan tapi dengan perancangan yang rapi,teliti dan ditambah dengan Keberkatan bulan Ramadhan kami berjaya menarik 389peserta...

Namun adr sesuatu yang kami tertanya-tanya kemane perginya semester 6 purata yang hadir ramai sem 5, dan tertanye lagi kemana hilangnya orang yang berpegang +++++++ besar dalam organisasi pelajar, mengapa dia tidak hadir....?bukan ker orang2 seperti ini harus main peranan utama....walaumacamanapun kami kena fikir positif mungkin dia ada hal yang lebih utama untuk diuruskan....dan harap2 dia pun boleh berfikiran positif kalau2 program yang dianjurkan nanti pulak kurang sambutan...'Ingatan bersama' kita harus saling bantu-membantu tak kira siapa kita besar mane pangkat kite tetap harus bantu membantu di mane kita berada...Tamat bab1....

Bab 2 program bermula........

Seminar dimulakan selepas majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, PTSS dan diteruskan dengan perbentangan kertas kerja 1 yang mengupas isu berkaitan Ajaran Sesat di Malaysia disampaikan oleh Ustaz Marshidi Mat Rashid...cukup masa 1jam setengah pembentangan pun berakhir dan disambung dengan pebentangan kertas kerja 2 oleh En Yus' Aiman Jusoh dengan tajuknya Permasalahan Sosial Generasi Muda Kini ...Aper nak jadi !!! BILA ia nak berakhir ajaran sesat dan masalah sosial!!! SIAPA yang cepat sangat terpengaruh!!! SIAPA harus dipersalahkan!!! aper jawapannya ???

Jawapannya beruntunglah bagi sesiapa yang hadir pada program ni kerana mereka mendapat input2 yang jelas bagi menjawab persoalan di atas, tahniahh dan syabas di atas kehadiran anda semua...ringkasnye, dengan memiliki akidah yang berteraskan islam golongan muda mampu menangkis segala ancaman daripada ajaran seset, masalah sosial dan sebagainya... Golongan Muda adalah HEBAT mereka mempuyai kekuatan yang luar biasa seperti mana kejayaan semangat didikan dari Rasulullah SAW kepada para sahabat terdahulu.....”Ingatan Bersama” Ambilah peluang di hadapan anda kerana ia amat beharga dan sukar dilepaskan...Renunglah....Tamat Bab2.

Bab 3 Kemeriahan Forum

Ini slot yang kami tunggu2 aper tidak nye juri panelnye hebat2 belaka, bukan gelak tawa sahaja yang kami dapat bahkan kupasan yang diutarakan mudah difahami smsnye sampai dalam hati kami ( kelompok tak tidur)...tajuk yang dibincangkan pun hebat iaitu Bagaimana “Memantapkan Akidah Generasi Muda” satu topik yang dikupas oleh Ustaz Razak dan Ustaz Hashim dibawa kendalian Cikgu Najib...Syok!!! rugi siapa yang tak hadir atau balik kampung...Tamat dalam pukul 6.45ptg...

Habis jer program kami dapat idea baru yang mamberi manfaat kepada semua sekali...Waaaaaaahhhh..

Bagaimana kita buat forum sebulan satu kali.. mohon kejasama pensyarah PTSS untuk jadi ahli panel...sesiapa nak turut serta kenakan tiket bayaran RM1 jadi hasilnya boleh tambah kat tabung Pusat Islam.....hehehehehehe.....bukan ambil keuntungan tapi salah satu cara mendidik pelajar dengan sifat menderma....Tamat

Bab 4 Luahan Perasaan

Ini diluar apa yang dirancang kami pun terkejut..aktiviti apa yang di buat dengan pelajar sem 5 & sem 6.kami tertanye-tanye....??? lepas berapa minit daripada majlis penyampaian hadiah perkara ini terjadi apa ertinye....???akhirnya semua terjawab dari pertanyaan tadi, perasaan cemas hilang apabila En Rashdan berkata sesuatu kepada Sem5 &s Sem6..beliau membuat aktiviti Brain Wash kepada peserta2 seminar beliau menyetuh tentang perjalanan kehidupan yang masih jauh,penuh cabaran,rintangan yang perlu di hadapi, Peranan Golongan Muda, Gambaran kita akan dipersoalkan setiap apa yang dilakukan di dunia&akhirat...dan kata2 amanat kepada pelajar sem5 & sem6....

Bab 6 Perpisahan

Program hampir tamat....akhirnye masa pun tiba di saatnye apabila laungan azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka puasa bg seluruh kawasan negeri perlis dan sewatu dengannya...

Memang meriah berbuka ramai2(Program buka puasa akan diteruskan sehigga penghujung bulan ramadhan jom sahabat2 ku sekalian kita berbuka di pusat islam)Makanan memang banyak yang paling untung ajk sampai pecah perut dok kerja makan tapi setimpal dengan kerja kami sebab lepas makan,lepas program kami perlu bersihkan semua sekali...time makanlah semua kepenatan kami hilang yang lihat makan,makan, dan terus makan.......inilah kami yang hidup dalam satu keluarga...kami berhenti kerja pada pukul 11.30malam..”Kenangan Indah yang Sukar dilupakan”....Tamat

TERIMA KASIH kepada semua yang membantu dalam menjayakan.......

Seminar Permantapan Akidah......

Kepada teman seperjuanganku,
tarbiyah fi aidikum wa aidikum faqat.

Wallahua'lam.


Kenangan Terindah

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam 0 ulasan






Kita sebenarnya mungkin sudah bekerja untuk membawa para remaja dan pemuda kita kepada ajaran Allah S.W.T, terutama dalam arus dunia dan segala tipudayanya yang sentiasa menyesatkan para pemuda kita. Namun bekerja tanpa penyusunan dan perancangan serta tanpa mengambil pengalaman berharga dari mereka yang terdahulu tentunya sukar untuk meraih kemenangan dalam memenangi hati-hati para pemuda yang semakin kompleks dan dinamik. Kita perlukan kepakaran dan usaha yang luar biasa bagi mencapai tujuan murni membawa anak bangsa dan agama kita kelandasan sebenar agar mereka menjadi aset berharga dan bukannya "masalah" kepada agama dan negara._Iman Mukmin

Mesej Anda


ShoutMix chat widget

Mutiara Kata

Radio

nasyidfm