RABIUL AWAL & MAULIDUR RASUL

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Thursday, February 25, 2010





PENGERTIAN



Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.



Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.




Peristiwa Penting Di Rabiul Awal



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;



1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-
sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan
23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di
Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap
tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan
bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan
disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.



2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat
menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah
dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.



3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah
pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8
Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal
dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.



4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw
diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di
bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar
(Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.



5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat
pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah
isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.



6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak
mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu
Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara
tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan.
Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang
diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.



7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah
memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina
Abu Bakar ra.



8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam
menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul
Muqaddis pada tahun 583 H.



9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di
Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh
Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat
bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium
dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Masjid Aya Sophia




HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-
unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian
sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh
Allah Subhanahu Wa Taala.


Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul
adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.


Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak
300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan
sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan
seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang
mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan
ialah;



1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain
beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika
mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati
kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh
cerdik cendikiawan lainnya."



2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail
Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur
Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan
mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat
rahmat dari Allah subhanahu wa taala."



3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat,
Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang
yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

0 ulasan

Post a Comment

Mesej Anda


ShoutMix chat widget

Mutiara Kata

Radio

nasyidfm