Para Peminang Bidadari Syurga.......

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Wednesday, March 24, 2010 1 ulasan






Dengarlah temanku....

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Wednesday, March 10, 2010 0 ulasan

RABIUL AWAL & MAULIDUR RASUL

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Thursday, February 25, 2010 0 ulasan





PENGERTIAN



Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.



Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.




Peristiwa Penting Di Rabiul Awal



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;



1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-
sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan
23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di
Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap
tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan
bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan
disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.



2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat
menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah
dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.



3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah
pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8
Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal
dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.



4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw
diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di
bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar
(Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.



5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat
pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah
isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.



6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak
mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu
Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara
tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan.
Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang
diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.



7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah
memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina
Abu Bakar ra.



8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam
menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul
Muqaddis pada tahun 583 H.



9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di
Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh
Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat
bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium
dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Masjid Aya Sophia




HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-
unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian
sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh
Allah Subhanahu Wa Taala.


Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul
adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.


Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak
300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan
sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan
seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang
mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan
ialah;



1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain
beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika
mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati
kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh
cerdik cendikiawan lainnya."



2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail
Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur
Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan
mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat
rahmat dari Allah subhanahu wa taala."



3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat,
Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang
yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

Jiwa-jiwa Yang Perlu Diubati

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Tuesday, February 16, 2010 0 ulasan




"Mana mungkin agama lain mampu bertahan
Sekiranya ditekan seperti yang dialami oleh ISLAM
Jika ada agama yang ditekan seperti ISLAM
Mungkin ia tidak akan wujud lagi pada hari ini
akibat dari tekanan itu sendiri
Percayalah, sesungguhNya ALLAH sentiasa memelihara kesucian ISLAM dari dikotori oleh tangan-tangan musuh ISLAM"


Hati yang sakit
Sejak sekian lama, umat Islam mula diserang, ditekan dan diracuni dengan pelbagai serangan dan suntikan oleh musuh-musuh Islam bagi merosakkan generasi Islam itu sendiri. Racun-racun itu berjaya mempengaruhi sebahagian umat Islam itu sendiri. Telah Allah tunjukkan kepada manusia pada hari ini bahawa penyakit hati iaitu cintakan keduniaan inilah yang menyebabkan masyarakat pada saat ini menjadi satu masyarakat yang bermasalah dari segi akhlak, budaya dan sosialnya. Kehidupan sentiasa dipaparkan dengan perkara-perkara yang menyedihkan serta meruntun perasaan. Dari cerita individu anak-anak, remaja, dan dewasa kepada cerita pemimpin serta menular kepada masyarakat seluruhnya. Rogol, Zina, pembuangan bayi, merompak, menyamun, membunuh, rasuah, samseng, berjudi, meminum arak dan peperangan sama ada dari segi fizikal, rohani mahupun pemikiran bagi bertujuan menindas umat Islam sudah menjadi perkara sebati di dalam kehidupan.

Kehidupan realiti dan fantasi
Semakin hari manusia berhadapan dengan realiti bayangan kehidupan yang dicipta oleh tangan-tangan manusia yang bergelar musuh Islam itu sendiri. Segala perkara yang menimpa itu merupakan satu permainan dari mereka-mereka yang ingin menjadikan kehidupan umat Islam yang realitinya dahulu merupakan umat yang terbaik dari segenap aspek kehidupan. Umat Islam dengan nilai-nilai kerohanian,fizikal dan pemikiran yang tinggi. Umat yang dimana disiang harinya sebagai seorang pahlawan yang handal seperti singa-singa di padang pasir dan di malam harinya menjadi ahli ibadat yang kuat. Umat yang dari segi pemikiran dan nilai kebudayaannya yang begitu kukuh maka lahirnya individu-individu ilmuan, cendiakawan dan pakar-pakar di dalam pelbagai bidang. Realiti inilah yang ingin dibuang oleh musuh-musuh Islam. Oleh itu, perancangan mengaburi mata hati umat Islam dengan kebendaan dan keduniaan dilaksanakan dengan begitu licik. Sehingga mereka mampu menjadikan kehidupan yang realiti menjadi fantasi

Klinik Hati
Kekuatan umat Islam terdahulu kerana kemantapan hati berasaskan keimanan kepada Allah s.w.t, ketakwaan yang tinggi dan kekuatan amal ibadat secara tidak langsung menguatkan fizikal. Pengubatan hati yang sakit perlulah kembali kepada jalan Allah s.w.t seperti yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kekuatan dan langkah permulaan perlu bermula dari hati iaitu diri manusia itu sendiri dengan bertaubat kepada Allah s.w.t kerana kita sebagai hamba Allah sentiasa mempunyai kelemahan-kelemahan di dalam diri. Jadi tunduklah hati kepada Allah dan buangkan sarang hitam syaitan di dalam hati dengan melakukan zikir dan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Tenangkan jiwa dengan ayat-ayat Al-Quran dengan memahami ayat Al-Quran moga jiwa sentiasa memahami Al-Quran iaitu kalam Allah. Zikir juga ubat penenang yang sangat mujarab bagi mengembalikan kejernihan hati. Zikir mampu menjadi hati dan diri insan itu merasai jiwa seorang hamba yang ingin mencari keredhaan Allah. Perkara yang paling penting adalah tiang agama iaitu solat. Bersolatlah dengan penuh kusyuk dengan penghayatan kerana solat yang kusyuk dan penuh penghayatan mampu menjadikan insan yang sentiasa merasai kuatnya hubungan dengan Allah. Didikan jiwa juga sangat penting, didiklah jiwa dengan usrah atau menerima, mendengar dan menghayati ilmu-ilmu yang bermanfaat melalui majlis-majlis ilmu. Melalui usrah yang juga merupakan satu tunjang tarbiyah yang penting sebagai satu medan untuk mengecas hati bagi menjadi diri individu yang istiqamah di jalan Allah.
Sentiasalah mencontohi Rasullullah s.a.w, para sahabat dan generasi soleh yang terdahulu di atas kekuatan ibadah mereka serta kehebatan daya pemikiran mereka. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Didiklah hati kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Komitmen Dai Sejati

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Sunday, January 10, 2010 0 ulasan

Ini Jalanku
Assalamualaikum..,Salam Ukhwah...

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di
barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat
menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan
kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah


مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاق

“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”
[an Nahl, 16:96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa
ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada
kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap
anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan kebijakan pemimpinnya dan mengakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang
kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.

Muhammad Abduh dalam buku Komitmen Dai Sejat
Di copy-paste dari :
brohamzah.blogspot.com

Siap- Sedia Sahabatku!!!

Dicatat oleh Kelab Diskusi Islam Wednesday, January 6, 2010 0 ulasan


Assalamualaikum

Salam Ukhwah...

Selang berapa hari sahaja lagi semester baru akan membuka tirainya ,
persiapan sedang diperkemaskan ,
Azam baru mula berkobar-kobar,
Perjuangan harus diteruskan,
Berjuanglah sehingga anda terkoban,
Jangan mengalah di tengah jalan,
Musuh setiasa menanti-MU,
Siap-Sedia Sahabatku...!!!

Langkah Kanan Dicari

wahai sahabatku sekalian, wahai sahabatku seakidah denganku......!!!
bangkitlah dari mimpimu, Bukalah matamu dari lamunan... saya , anda , dan kamu...
Marilah kita sama2 menuju Kejayaan, Ulang suara marilah kita sama2 menuju kejayaan...
Peristiwa lama, tagisan lalu jadikan sebagai titik permulaan, titik perubahan dalam diri saya,anda dan kamu...

Marilah saudara2 Ku kita mula berganding bahu, bergerak satu barisan dalam membina kejayaan di dunia dan akhirat...
Jangan Takut, jangan gentar hatta jangan bersedih sekiranya anda telah meletakan sesuatu perkara kerana ALLAH , sesungguhnya anda sudah berada dalam landasan benar dan tepat dalam mencari rahmat-NYA dan Kasih Sayang dari-NYA...

Teruskan azam anda......
Teruskanlah Langkah kanan anda...
Istiqamahlah Kepada-NYA.

"MARILAH KITA MENUJU KEJAYAAN"

Mesej Anda


ShoutMix chat widget

Mutiara Kata

Radio

nasyidfm